W3C Reset Pink Red Green Yellow    |   Larger Normal Smaller  
Monday, 16 September 2019 
Home

Program ANGKASA

PENAFIAN MENGENAI ASTEROID BAKAL MENGHENTAM BUMI PADA 1 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – 3 Januari – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah menerima pertanyaan dan reaksi orang ramai terhadap laporan berkaitan asteroid bakal menghentam Bumi pada 1 Februari 2019.

KENAMPAKAN OBJEK BERCAHAYA DAN BUNYI DENTUMAN KUAT DI LANGIT SABAH

KUALA LUMPUR – 21 Ogos – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah menerima laporan bahawa terdapat objek bercahaya di ruangan atmosfera dan disusuli dengan dentuman yang kuat di langit Sabah pukul 11.00 malam pada 20 Ogos 2018.

GERHANA BULAN PENUH – 28 JULAI 2018 Gerhana Bulan Penuh Paling Lama Pada Abad ke-21

Kuala Lumpur - 16 Julai - Pada 28 Julai 2018, kita berpeluang sekali lagi untuk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Menurut Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), fenomena Gerhana Bulan Penuh  kali ini adalah yang kedua berlaku pada tahun ini dan  akan kelihatan di Australia, Asia (termasuk Malaysia), Afrika, Eropah dan Amerika Selatan bermula dari jam 01:14:47 dan berakhir pada jam 07:28:38 pagi. Fasa Gerhana Penuh akan berlangsung selama 1 jam 42 minit  57 saat dan tempoh ini menjadikannya Gerhana Bulan Penuh paling lama bagi abad ke-21 (2001 hingga  2100).  Tempoh paling lama bagi Gerhana Bulan Penuh boleh berlaku adalah selama 1 jam 47 minit.

 

STESEN ANGKASA CHINA TIANGONG-1 TELAH JATUH KE BUMI

KUALA LUMPUR – 2 April  – Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Negara  (ANGKASA)  ingin memaklumkan bahawa melalui hebahan rasmi yang telah dikeluarkan oleh pihak China Manned Space Agency (CMSA), stesen angkasa Tiangong-1 telah jatuh ke bumi pada 2 April 2018 00:15 UTC (waktu malaysia = 08:15 MST) di Selatan Lautan Pasifik.

GERHANA BULAN PENUH - 31 JANUARI 2018

Pada 31 Januari 2018, Gerhana Bulan Penuh akan berlaku di Timur Eropah, Timur Afrika, Asia (termasuk Malaysia), Australia dan Amerika Utara. Fenomena Gerhana Bulan yang berlaku akan mengambil masa selama 5 jam 17 minit bermula pada jam 6:51 petang hingga 12:08 tengah malam (1 Februari 2018). Ini bermakna gerhana sedang berlaku ketika Bulan terbit di ufuk Timur (kecuali Sabah dan Sarawak - gerhana bermula selepas Bulan terbit). Fasa gerhana penuh maksima adalah pada jam 09:29 malam dan keseluruhan gerhana ini akan berakhir pada jam 12:08 tengah malam iaitu pada 1 Februari 2018.

Pages

Kembali ke atas