W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Khamis, 19 September 2019 
Home

Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT)

Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT)

Get Adobe Flash player

1.1. Pengenalan Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT)

Dalam mana-mana pembangunan satelit, ia harus mampu menghadapi getaran dan gegaran yang terhasil semasa fasa pelancaran, serta perubahan terma yang ekstrem semasa fasa pengoperasian, apabila satelit telah berada di orbit. Antaranya termasuklah kesan akustik dan getaran yang dialami semasa roket bersedia untuk dilancarkan, kejutan mekanikal semasa peringkat pemisahan roket, pelepasan panel-panel solar, perubahan suhu antara suhu panas terlampau dan suhu sejuk terlampau, keadaan vakum, radiasi solar dan banyak lagi kesan-kesan lain yang dialami oleh satelit. Kesan mekanikal dan terma yang bakal dialami oleh satelit akan mendatangkan kesan ke atas reka bentuk strukturnya. Maka, satelit hendaklah melalui pengujian yang menyeluruh bagi memastikan satelit tersebut dapat beroperasi di ruang angkasa. Fasiliti pengujian yang terdapat di Bumi perlulah mensimulasikan keadaan yang hampir sama yang akan dilalui oleh satelit semasa pelancaran dan semasa di orbit. .

Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit telah disiapkan pada 2011, merupakan sebuah fasiliti yang mampu menyediakan keadaan simulasi pengujian seperti yang akan dilalui oleh satelit. Kos pembinaan sebuah satelit bukannya murah, maka adalah penting untuk satelit itu diuji dahulu untuk memastikan ia dapat bertahan mengikut spesifikasi yang direka bentuk. Oleh itu, fasiliti ini dibina untuk menyediakan pengujian bagi instrumen dan perkakasan bumi dan angkasa. .

Keadaan Persekitaran Fasiliti :

Suhu                    :               22 ± 3°C

Kelembapan                            :               55 ± 10% RH

Zarah (<0.5 µm)         :               100,000 unit / ft3

Sambungan Pembumian      :               < 1.0 Ω

Ruang penerimaan sendat udara (airlock) untuk peranti di bawah pengujian

√  Kawasan yang luas dan tinggi bagi kerja-kerja integrasi

√  Peralatan sokongan mekanikal seperti kren, trak angkat susun dan sebagainya tersedia

 

1.2. Fungsi Utama Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit:

Fasiliti ini merupakan sebuah makmal bilik bersih kelas ISO 8 (atau kelas 100,000 mengikut Federal Standard 208E) yang mempunyai persekitaran yang terkawal serta dilengkapi dengan ruang integrasi yang luas dan pelbagai kemudahan mekanikal. Fasiliti ini mampu menyediakan keadaan persekitaran yang akan dialami oleh satelit dan komponennya seperti pelancaran roket, pemisahan satelit dari roket dan persekitaran orbit dan juga boleh digunakan untuk bidang-bidang lain seperti elektronik, automotif dan sebagainya. Fasiliti ini bertujuan untuk menyediakan servis pengujian dan pengukuran yang luas di bawah satu bumbung, serta menyediakan khidmat pengurusan dan teknikal yang kompeten dalam pengoperasian fasiliti pengujian persekitaran .

1.3 Perkhidmatan Pengujian dan Pengukuran Yang Ditawarkan

a) Pengujian Getaran

Pengujian getaran merupakan ujian yang mensimulasikan getaran yang dihasilkan oleh pesawat atau kenderaan pelancar untuk memastikan satelit mampu bertahan dalam persekitaran penerbangan ekstrem yang dijangka. .

Spesifikasi Utama

Model V994

Model V9

Max Sine Thrust

289 kN

105 kN

Max Random Thrust

267 kN

105 kN

Max Velocity

2.0 m/s

3.0 m/s

Useful Frequency

5 -1700 Hz

5 – 2700 Hz

Max Load (10g Vector)

2693 kg

1070 kg

 

b)  Pengujian Akustik

Pengujian akustik merupakan ujian yang mensimulasikan getaran disebabkan oleh bunyi ekzos pesawat atau kenderaan pelancar. Fasiliti pengujian ini akan mensimulasikan persekitaran keamatan bunyi akustik tinggi yang akan dialami oleh struktur dan komponen satelit atau kapal angkasa ketika pelancaran.

Spesifikasi Utama Pengujian Akustik

Chamber volume

︡= 999.5 m3

Overall Sound Pressure Level (OSPL)

155 dB

Frequency Range

20 – 10,000 Hz

Sound Generation System

Gaseous Nitrogen (GN2)

 

c) Pengujian Vakum Terma

Pengujian vakum terma merupakan ujian yang mensimulasikan suhu dan keadaan di ruang angkasa bagi memastikan satelit dapat beroperasi dalam julat suhu dan keadaan vakum di ruang angkasa.

Spesifikasi Utama Pengujian Vakum Terma

Operational Volume

3.7 m (ɸ)

Ultimate Pressure

10-7 mbar

Temperature Range

-180°C – 150°C

 

d) Pengujian Keserasian Elektromagnetik

Pengujian keserasian elektromagnetik merupakan ujian yang bertujuan untuk memastikan bahawa mana-mana komponen atau subsistem dalam satelit tidak akan mengganggu atau menghalang pengoperasian komponen atau subsistem yang lain melalui penyerapan mahupun pelepasan gangguan elektromagnetik.

Spesifikasi Utama Pengujian Keserasian Elektromagnetik

Operational Area

5m Compliance Full Anechoic Chamber

Temperature Range

20 Hz – 40 GHz

 

e) Pengukuran Perihal Jisim

Pengukuran perihal jisim digunakan untuk mengukur dan menentukan ciri-ciri fizikal satelit, subsistem dan komponen di dalamnya dengan tepat bagi memastikan navigasi dan kawalan arah satelit adalah seperti yang direka bentuk.

Spesifikasi Utama Pengujian Perihal Jisim

Max Test Weight:

- Static

- Dynamic

 

1300 kg

1000 kg

Max Moment of Inertia

1463 kgm2

Range of Spin Speed

30 – 300 rpm

Min Achievable Readout at 100 rpm

44 kgmm2

 

f) Pengukuran Penjajaran

Pengukuran penjajaran digunakan untuk mengukur ketepatan penjajaran geometri komponen-komponen pada satelit.

Spesifikasi Utama Pengukuran Penjajaran

Theodolite System Accuracy

0.5 arcsecond

Rotary Table:

- Indexing Accuracy

- Repeatability

 

± 5 arcsecond

± 1 arcsecond

 

 

Kembali ke atas