W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Isnin, 23 September 2019 
Home

Komunikasi

Gambaran Keseluruhan

Apabila kita membuat panggilan telefon, apabila kita menuntun siaran televisyen, atau apabila kita mengguna Internet, setiap langkah yang diambil disampaikan melalui satelit komunikasi. Dalam tahun 1945, Arthur C. Clarke meramalkan dalam isu keluaran sebuah majalah Wireless World, bahawa satelit-satelit yang mampu berkomunikasi pada satu hari akan mengelilingi dunia.  Dalam tahun 1947, beliau menjadi bapa komunikasi moden melalui penemuan berinspirasi "Orbit Clarke" (sekarang dikenali sebagai orbit geo-tidak bergerak atau geo-segerak) yang membenarkan pembinaan satelit komunikasi yang pertama.

Hari ini, satelit komunikasi dapat ditemui bukan sahaja dalam orbit-orbit geo-tidak bergerak (geostationary) asal malah juga dalam Orbit Bumi Sedang (Medium Earth Orbits (MEO) dan Orbit Bumi Rendah (Low Earth Orbits (LEO). Malaysia kini ikut serta berada dalam kumpulan negara-negara bertaraf eksklusif yang mempunyai satelit-satelit komunikasi tersendiri dengan pelancaran MeaSAT-1 dalam tahun 1996.

Contoh-contoh satelit komunikasi yang terdapat seluruh dunia boleh dijumpai melalui pautan URL-URL dibawah.

 

Links

InmarSAT

IntelSAT

MeaSAT

 

Kembali ke atas