W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Rabu, 16 Oktober 2019 
Home

100 Hours of Astronomy Malaysia

Tarikh: 
Thu, 10/01/2019

Tahun 2019, menandakan genapnya 100 tahun penubuhan IAU iaitu pada 28 Julai 1909. Untuk meraikannya, sambutan peringkat global dirancang sepanjang tahun 2019 ini dengan memfokuskan pencapaian utama astronomi selama seabad ini dengan penekanan khusus diberi kepada penggunaan astronomi sebagai medium untuk pendidikan, penyelidikan dan diplomatik. Inisiatif ini dijenamakan sebagai IAU100. Tema sambutannya ialah “Uniting our World to Explore the Universe” (Penyatuan dunia untuk penerokaan ke alam semesta).

Pelbagai program di peringkat nasional telah dirancang dan akan dijalankan pada tahun 2019 ini. Salah satu programnya ialah 100hrs of Astronomy. Projek ini merupakan ‘kick-off’ IAU100 yang akan bermula serentak diseluruh dunia pada 10-13 Januari 2019. Projek ini menggalakkan ahli astronomi amatur, pendidik, ahli astronomi profesional, planetarium, pusat sains dan lain-lain organisasi untuk menganjurkan program pencerapan awam atau lain-lain projek astronomi pada tarikh tersebut.

Sila rujuk lokasi & senarai program yang diadakan di seluruh negara.

Semua dijemput hadir untuk bersama meneroka langit !

#100HoursOfAstronomy
#IAU100
#iaumalaysia
#MESTECC
#ANGKASA

Kembali ke atas