W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Khamis, 19 September 2019 
Home

Pengenalan kepada Bidang Fizik Angkasa

Apakah fizikal angkasa?
Fizik angkasa, adalah kajian tentang plasma yang berlaku secara semulajadi di alam semesta. Oleh itu, ia meliputi sejumlah luas topik, termasuk matahari, angin suria, magnetosfera planet dan ionosfera, aurora, sinar kosmik, dan radiasi sinkrotron. Fizik angkasa adalah bahagian asas bagi kajian untuk cuaca angkasa dan mempunyai implikasi penting tidak hanya untuk memahami alam semesta, tetapi juga untuk kehidupan praktikal sehari-hari, termasuk operasi satelit komunikasi dan satelit kaji cuaca. Kredit kepada: Space Physic

Mengapa ia penting?
Pengetahuan tentang kepadatan elektron ionosfera penting untuk pelbagai aplikasi, misalnya, radio dan telekomunikasi, penjejakan satelit, dan pemerhatian Bumi dari ruang angkasa. Kredit kepada: Nasa_ionos

Apabila tenaga dari nyalaan suria mencapai Bumi, ionosfera tiba-tiba berubah sifat fizikal, terutama dalam cara memantulkan gelombang radio dari sumber-sumber di daratan. Dengan pergerakan seperti kelajuan cahaya, radiasi dapat sampai ke bumi dalam tempoh lapan minit dan boleh mengganggu komunikasi radio dan sistem navigasi.Kredit kepada: UNOOSA

Oleh sebab bilangan misi ke angkasa lepas akan meningkat di masa depan, begitu juga akan kepekaan terhadap persekitaran angkasa akibat perkembangan teknologi. Program-program angkasa lepas seperti ISS memerlukan pengetahuan terperinci tentang persekitaran angkasa bagi merancang aktiviti. Oleh yang demikian, telah menjadi jelas bahawa pemahaman tentang persekitaran angkasa harus diberikan keutamaan tinggi. Kredit kepada:  ESA Space Weather

Kembali ke atas