W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Khamis, 19 September 2019 
Home

Pengenalan Berkenaan Kajian Atmosfera

Kimia atmosfera mempengaruhi kesihatan manusia, cuaca dan pengeluaran makanan. Ia juga mempengaruhi cara kita melihat dunia, melalui impaknya kepada kuasa penglihatan. Kimia yang ada dalam udara memberi kesan kepada kita dengan setiap nafas yang diambil.

Zarah-zarah terapung  yang terbentuk daripada tindak balas fasa gas mempengaruhi amaun tenaga suria yang sampai ke permukaan bumi. Pengetahuan tentang proses-proses berkaitan amat diminati bukan sahaja oleh pihak kerajaan, bahkan juga industri swasta.

Dengan adanya kemajuan teknologi melalui penderiaan jauh satelit, saintis kini boleh menjalankan kajian tentang atmosfera Bumi. Satelit pertama Kanada, Alouette, dilancarkan pada 29 September, 1962 adalah satu contoh satelit pertama yang dilancarkan bagi tujuan kajian atmosfera. Tujuan Alouette ialah untuk mengkaji ionosfera Bumi (lapisan atmosfera yang bercas). Saintis Kanada ketika itu ingin mempelajari lebih lanjut tentang aurora borealis, atau cahaya utara - gangguan ionosfera di atmosfera yang menghasilkan cahaya indah bersinar-sinar di langit utara pada malam hari, tetapi yang turut mengganggu komunikasi radio.

 

Kembali ke atas