W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Khamis, 19 September 2019 
Home

Sejarah Roket

Salah satu peranti pertama yang berjaya melaksanakan prinsip-prinsip penting untuk penerbangan roket adalah burung kayu. Menurut hasil tulisan Aulus Gellius, dari Rom, menceritakan sebuah kisah tentang seorang Yuhani bernama Archytas yang tinggal di bandar Tarentum, yang kini telah menjadi sebahagian daripada Itali selatan. Di sekitar tahun 400 SM, Archytas telah mengkagumkan warga Tarentum dengan menerbang seekor merpati diperbuat dari kayu. Stim yang dilepaskan telah mendorong burung untuk terus tergantung pada kabel. Burung merpati kayu tersebut telah menggunakan prinsip action-reaction, yang tidak dinyatakan sebagai hukum sains sehingga abad ke-17. kredit kepada: Brief History of Rockets

Pada tahun 1903, seorang guru matematik sekolah tinggi, Konstantin Tsiolkovsky (1857-1935) telah menerbitkan karya ilmiah pertama yang serius pada penjelajahan ke ruang angkasa. Pada tahun 1912, Robert Esnault-Pelterie telah menerbitkan sebuah nota kuliah tentang teori roket dan penjelajahan ke ruang antara planet. Beliau berdikari membuktikan persamaan roket Tsiolkovsky's, membuat kiraan asas tentang tenaga yang diperlukan untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke Bulan dan planet-planet, dan beliau mencadangkan penggunaan tenaga atom (misalnya radium) untuk menjana kuasa jet. Kredit kepada:History of Rocket

Pada tahun 1961, NASA Marshall Center ditugaskan untuk membangunkan projek roket berskala besar. Roket Saturn telah dibangunkan di Marshall untuk menyokong pembangunan program Apollo, yang mana pada saat itu merupakan kenderaan pelancaran ke angkasa berkuasa tinggi yang belum pernah diciptakan. Selepas Apollo, pasukan di Marshall memulakan revolusi nasional dengan rancangan mencipta sebuah sistem pengangkutan ke angkasa, yang kemudian dikenali sebagai "The Space Shuttle". Kredit kepada History of Rocketry

“A Timeline of Rocket History” merupakan persembahan grafik yang memuatkan lebih daripada 50 koleksi gambar peroketan dari zaman kuno sampai sekarang. Ini termasuk foto-foto, lukisan, dan gambar yang dibuat oleh seniman dari dalam dan luar NASA.Kredit kepada: A Timeline of Rocket History

V-2 Rocket

Gambar: Kredit kepada Nasa_history

 

Kembali ke atas