W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Khamis, 19 September 2019 
Home

Aplikasi Roket

Manusia menggunakan roket  dengan tujuan pengangkutan yang kelajuan dan berkuasa tinggi , baik di dalam atmosfera bumi dan juga di ruangan angkasa. Roket sangat berharga untuk pelancaran peralatan dan satelit, kegunaan ketenteraan, kajian atmosfera, dan perjalanan ke ruang angkasa. Kredit kepada: NASA_Rocket World Book

o   Pelancaran peralatan dan satelit
Roket membawa pesawat angkasa tanpa krew, yang juga dikenali sebagai peralatan angkasa pada perjalanan panjang, sebagai contoh untuk menerokai matahari, bulan, dan semua planet di sistem suria kita. Mereka membawa instrumen saintifik yang mengumpul maklumat tentang planet dan menghantar data kembali ke Bumi. Roket mengangkat satelit buatan ke orbit sekitar Bumi. Satelit-satelit yang mengorbit Bumi ini mengumpul maklumat untuk kajian saintifik, menyediakan komunikasi, ramalan cuaca dan juga maklumat navigasi.Kredit kepada:NASA_Rocket World Book 

o   Kegunaan ketenteraan
Roket digunakan oleh tentera dalam pelbagai saiz. Perkataan peluru berpandu biasanya kini bererti sistem senjata yang bergerak sendiri, namun boleh juga merujuk kepada benda yang dilemparkan atau dilancarkan. Peluru berpandu yang disokong oleh enjin, secara umumnya baik jenis roket atau mesin-jet. Roket umumnya terdiri dari bahan bakar jenis padat untuk kemudahan penyelenggaraan dan pemasangan yang cepat, meskipun terdapat peluru berpandu balistik yang lebih besar menggunakan bahan bakar cair roket. Kredit kepada: Missile

o    Penyelidikan atmosfera
Para saintis menggunakan roket untuk menerokai atmosfera bumi. Sounding rocket biasanya digunakan untuk menjalankan eksperimen yang singkat, murah dan eksperimen mikrogravity. Sebuah sounding rocket, kadang-kadang dikenali sebagai roket penyelidikan, adalah sebuah roket yang membawa alatan yang direka untuk melakukan pengukuran dan melakukan eksperimen saintifik ketika penerbangan sub-orbital . Sounding rocket mempunyai kelebihan dalam tujuan penyelidikan kerana kos rendah, tempoh perlaksanaan pendek (kadang kala kurang dari enam bulan) dan berkemampuan untuk melakukan penelitian di kawasan yang tidak boleh dicapai walaupun menggunakan belon atau satelit. Kredit kepada: Sounding Rocket

o    Perjalanan ke angkasa
Roket melancarkan pesawat yang membawa angkasawan bagi mengorbit Bumi dan melakukan perjalanan ke ruang angkasa. Space shuttles adalah roket yang boleh diguna semula untuk terbang ke angkasa dan kembali ke bumi berkali-kali. Masa kini, kenderaan pelancar suborbital yang digunakan oleh manusia  termasuk SpaceShipOne dan yang akan dibangunkan, SpaceShipTwo antara lain digunakan untuk program pelancongan ke angkasa. Kredit kepada: Launch Vehicle

 

Kembali ke atas