W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Khamis, 19 September 2019 
Home

Teknologi Asas Roket

Roket adalah jenis enjin yang mendorong dirinya kehadapan atau ke atas dengan menghasilkan tujahan. Tidak seperti enjin jet yang menyedut udara luar, enjin roket hanya menggunakan bahan bakar yang dibawa sahaja. Hasilnya, roket boleh beroperasi di luar angkasa, di mana hampir tidak ada udara. Sebuah roket boleh menghasilkan tenaga yang lebih untuk saiznya berbanding mesin dari jenis lain. Bahagian-bahagian roket adalah termasuk enjin, peralatan dan kargo membawa roket. Empat bahagian utama dari sebuah roket adalah muatan, propelan/bahan tujahan, chamber/kebuk, dan nozzle/muncung.

Muatan roket adalah termasuk kargo, penumpang, dan peralatan yang dibawa. Muatan juga boleh terdiri daripada sebuah pesawat angkasa, instrumen saintifik, atau bahkan bahan letupan. Propelan umumnya mengambil sebahagian besar berat roket. Sebagai contoh, bahan bakar dan agen pengoksida yang digunakan oleh sesebuah pesawat angkasa ulang-alik adalah hampir 90 peratus daripada beratnya semasa berlepas. Pesawat angkasa memerlukan sejumlah besar propelan untuk mengatasi graviti bumi dan mengatasi halangan atmosfera.

Chamber/kebuk adalah kawasan di mana propelan roket diletakkan di bawah tekanan. Pemampatan ini membolehkan propelan roket mengeluarkan bahan bakar dengan kelajuan tinggi.

Nozzle/muncung adalah pembuka di akhir bahagian kebuk yang membolehkan gas bertekanan tinggi dilepaskan. Ia mengubah tekanan tinggi dari gas ke daya tujahan dengan memaksa pengeluaran melalui lubang sempit, yang memberi pecutan untuk menghasilkan kelajuan tinggi. Kredit kepada: NASA_Rocket World Book 

Enjin roket menghasilkan daya tujahan dengan pembebasan cecair kelajuan tinggi. Cecair ini hampir serupa dengan gas yang dihasilkan oleh tekanan tinggi (1-20 Bar) melalui pembakaran propelan padat atau cair, yang terdiri daripada komponen bahan bakar dan pengoksida, dalam chamber/kebuk pembakaran. Cecair yang dibebaskan kemudian melalui nozzle/muncung yang biasanya menggunakan tenaga haba dari gas untuk mempercepat pembebasan kepada kelajuan yang sangat tinggi, dan reaksi ini mendorong enjin ke arah yang bertentangan. Dalam enjin roket, suhu dan tekanan tinggi adalah sangat diperlukan untuk memberikan prestasi yang baik kerana hal ini membolehkan nozzle/muncung yang lebih panjang dipasang ke enjin, yang mana memberikan pelepasan dengan kelajuan tinggi, serta memberikan kecekapan termodinamik yang lebih baik.Kredit kepada: Rocket Engine

 

Kembali ke atas