W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Khamis, 19 September 2019 
Home

Aplikasi Satelit Komunikasi

Satelit buatan bumi telah digunakan selama lebih dari 40 tahun dan satelit komunikasi merupakan sebahagian unik dari kehidupan rutin harian yang berkhidmat kepada berbilion-bilion orang dan memberikan akses kepada pelbagai jenis telekomunikasi seperti  suara, data dan aplikasi video.
Mengapa kita perlukan satelit komunikasi? Satelit komunikasi dapat menyediakan:

  • Pendidikan jarak jauh. Artikel berkenaan Tele-pendidikan
  • Hiburan - Penyiaran melalui satelit menawarkan pelbagai program untuk paparan kepada pelanggan termasuk program-program tempatan dan asing.
  • Mampu memberikan perkhidmatan kepada orang awam di kawasan luar bandar di mana rangkaian komunikasi terestrial tidak wujud dengan menyediakan perkhidmatan telefon.
  • Dalam ketenteraan, menyediakan rangkaian komunikasi yang lasak dan canggih
  • Berkeupayaan untuk menyediakan komunikasi ketika sistem terestrial gagal akibat bencana seperti gempa bumi, banjir, letusan gunung berapi, kemarau, siklon, tanah runtuh dan wabak penyakit.
  • Tele-perubatan

Kredit kepada:SatMagazine


Perkhidmatan komunikasi satelit dikategorikan sebagai berikut:

Perkhidmatan Satelit Penyiaran
Sistem penyiaran menerusi satelit digunakan bagi tujuan pengagihan isyarat video and juga audio. Sistem ini mengunakan Ku-Band dan perambatan gelombang secara ‘circular polarization’; namun turut terdapat kegunaan Ka-band bagi memperluaskan lagi perkhidmatan ini. Astro merupakan  penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia yang menggunakan Ku-Band bagi sistem pemancaran dan transponder dari sistem satelit MEASAT. Kredit kepada: Astro

Perkhidmatan Satelit Pegun
Perkhidmatan ini melibatkan sistem komunikasi antara terminal-terminal pegun menerusi rangkaian satelit. Perkhidmatan ini menggunakan C-Band dan penggunaan kuasa yang lebih rendah berbanding Ku-Band. Very Small Aperture Terminal (VSAT) adalah contoh kegunaan perkhidmatan ini. Servis VSAT menyediakan liputan kawasan yang luas, menawarkan sistem komunikasi tanpa sempadan dan dapat digunakan di kawasan terpencil seperti di pelantar minyak di tengah lautan dan di stesen di dalam hutan belantara. Contoh penggunaan VSAT dalam jalurrendah adalah sistem pembayaran menerusi kad kredit manakala bagi jalurlebar adalah perkhidmatan internet, VoIP dan video menerusi satelit. Kredit kepada: Fixed Satellite Services

Perkhimatan Satelit Mudah Alih
Perkhidmatan ini melibatkan sistem komunikasi antara terminal-terminal mudah alih menerusi rangkaian satelit. Perkhimatan ini boleh digunakan oleh penguna maritim dan juga di daratan yang melibatkan jarak pengunaan komunikasi yang jauh, cepat dan dapat disediakan dengan mudah. Telefon satelit adalah sejenis telefon mudah alih yang dihubungkan kepada satelit, di mana  mengikut kebiasaannya disambung pada  pemancar di bumi. Kawasan liputan telefon satelit mampu merangkumi keseluruhan bumi atau kawasan tertentu bergantung kepada rekabentuk sistem.  

Kredit kepada Aplikasi Satelit Komunikasi dan Teknologi Satelit

application

 

Kembali ke atas