W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Khamis, 19 September 2019 
Home

Organisasi Terkemuka dalam GNSS

The International GNSS Service (IGS)

International GNSS Service (IGS), sebelumnya dikenali sebagai International GPS Service, merupakan sebuah persekutuan sukarela yang disertai oleh lebih dari 200 lembaga di seluruh dunia yang mengumpulkan dan memelihara sumber data bagi stesen GPS & GLONASS  untuk menghasilkan produk GPS & GLONASS yang tepat. IGS komited untuk menyediakan data dan produk yang berkeupayaan tinggi bagi memenuhi standard untuk Global Navigation Satellite Systems (GNSS) dalam menyokong kajian ilmu Bumi, pelbagai aplikasi, dan pendidikan. Kini, IGS meliputi dua GNSS, iaitu GPS dan GLONASS dari Russia, dan beminat untuk bekerjasama dengan sistem GNSS lain masa depan. Kredit kepada:International GNSS Service


European GNSS Agency

European GNSS Agency (GSA) merupakan pihak penguat kuasa bagi kesatuan Eropah yang bertanggungjawab menguruskan kepentingan awam yang berkaitan dengan program GNSS Eropah. Kredit kepada: GSA European


Galileo Services

Galileo Services adalah sebuah organisasi NGO yang dirancang untuk menjadi rakan kongsi utama untuk pembangunkan teknologi hiliran Galileo dan industri (terminal, aplikasi dan perkhidmatan), untuk mengekalkan program Galileo. Tujuannya adalah untuk mengembangkan keseluruhan visi sistem Galileo bagi memenuhi keperluan pengguna dan pasaran sepenuhnya. Kredit kepada : Galieo Services

Makluman lanjut berkenaan Galileo > ESA GNSS Evolution


Gulti-GNSS Asia (MGA)

Multi-GNSS Asia (MGA) merupakan satu organisasi yang diwujudkan untuk mepromosikan penggunaan aplikasi GNSS di kawasan Asia dan Oceania. Antara negara yang menyertai adalah Australia, China Japan, Thailand, Singapura, Korea Selatan, Vietnam, Malaysia dan lain-lain. Maklumat lanjut berkenaan organisasi ini boleh melayari: Multi-GNSS Asia

Kembali ke atas