W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Rabu, 16 Oktober 2019 
Home

Aktiviti Yang Dijalankan Dalam Bidang Pencerapan Jauh

Aplikasi penderiaan jauh adalah salah satu bidang penyelidikan bagi Bahagian Pembangunan Teknologi dan Aplikasi Angkasa (SATD). SATD yang ditubuhkan pada tahun 2007 adalah bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) bagi memastikan negara dapat memanfaatkan sepenuhnya aplikasi dari teknologi angkasa di dalam seluruh bidang dan sektor pengguna di Malaysia secara optimum dan selamat. 

Selain itu, bagi menyumbang kepada perkongsian pengetahuan, sebuah pusat sumber maklumat berkenaan bidang penderiaan jauh diwujudkan:

  • Penderiaan jauh ialah sains mendapatkan dan menganalisis maklumat tentang objek atau fenomena dari jauh. Ia merupakan suatu alat yang amat berharga bagi melihat, menganalisis, menciri dan membuat keputusan tertentu tentang persekitaran kita. Ia melibatkan interaksi antara sinaran tuju dan sasaran yang menjadi tumpuan. Dalam satelit penderiaan jauh, alat atau sensor diletakkan di dalam satelit berkenaan dan digunakan untuk mencerap maklumat tentang permukaan dan atmosfera Bumi.
  • Teknologi penderiaan jauh moden bermula dengan penemuan kamera lebih dari 150 tahun yang lalu. Pada tahun 1858, G. Tournachon @ Nadar telah mendapatkan gambar bandar Paris daripada belon ciptaannya. klik utk info berkaitan sejarahRemote Sensing (RS).
  • Pencerapan bumi menggunakan satelit secara asasnya adalah menggunakan konsep penderiaan jauh, dengan itu pelbagai aplikasi telah dibangunkan. klik utk info berkaitan aplikasi RS.
  • Remote Sensing adalah sains bagi mendapatkan maklumat permukaan bumi tanpa menyentuh objek (bumi) tersebut. Ini dilakukan dengan mengesan dan merekod tenaga yang dipantulkan atau dipancarkan dan kemudian diproses, dianalisis dan kemudian maklumat tersebut digunapakai. klik utk info berkaitan teknologi RS
  • Klik utk info berkaitan organisasi terkemuka bidang RS
  • TiungSat dan RazakSat merupakan satelit penderiaan jauh Malaysia. Klik utk info berkaitan TiungSat dan RazakSat.

PROJEK SENTINEL ASIA STEP 2 DENGAN KERJASAMA JAXA

Sentinel Asia (SA) adalah satu inisiatif sukarela dinaungi oleh Asia-Pacific Regional Space Agency Forum (APRSAF) untuk memberi sistem sokongan kepada aktiviti pengurusan bencana di kawasan Asia Pasifik dengan mengaplikasi teknologi WEB-GIS dan angkasa. Objektif utama SA adalah untuk meningkatkan keselamatan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dalam masyarakat dan teknologi angkasa, meningkatkan kelajuan dan ketepatan dalam memberi amaran untuk persediaan menghadapi bencana serta mengurangkan bilangan mangsa dan kerugian sosial / ekonomi akibat bencana.

ANGKASA secara rasminya telah menyertai program kerjasama ini sebagai Data Analysis Node (DAN) dengan berperanan untuk menganalisis terhadap data-data daripada satelit remote sensing seperti ALOS, IRS, THEOS dan KOMPSAT. Dalam pada itu, sebuah terminal VSAT (WINDS 51M) telah didirikan di Pusat Angkasa Negara sebagai sistem sokongan komunikasi menerusi satelit bagi Sentinel Asia Step-2 serta satu server berkeupayaan tinggi juga dipasang bagi tujuan penyimpanan dan penyebaran data secara cepat dan pantas. Penyebaran maklumat serta pengenalpastian agensi-agensi dalam negara yang terlibat di dalam pengurusan bencana sedang giat dilakukan. 

Maklumat lanjut:  http://sentinel.tksc.jaxa.jp

Kembali ke atas