W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Khamis, 19 September 2019 
Home

Latar Belakang dan Sejarah

Terdapat banyak kaedah bagi kita mempelajari tentang persekitaran dunia ini. Kita menggunakan deria kita - melihat, mendengar, menyentuh, menghidu, dan merasa. Para saintis juga menggunakan kesemua deria mereka. Malahan, mereka membina alat-alat yang membantu deria mereka untuk mengumpul maklumat. Mereka menggunakan kaca pembesar atau mikroskop untuk melihat sesuatu benda yang kecil secara jelas dan halus. Pakar astronomi menggunakan teleskop untuk melihat benda yang sangat jauh. Pakar kimia pula membina alat yang membantu mereka "menghidu" kuantiti kecil bahan dalam sesuatu campuran yang mana tidak mungkin mereka dapat mengesannya dengan hidung semata-mata ataupun terlalu berbahaya untuk mereka menghidunya secara langsung. Apabila para saintis ingin mengkaji sesuatu benda yang mereka tidak boleh disentuh, lerai atau hubungi secara langsung, mereka sering membuat pemerhatian terhadap benda tersebut dengan menggunakan teknik yang dipanggil penderiaan jauh.

Selain kaedah primitif penderiaan jauh paling awal yang telah nenek moyang kita digunakan, kaedah moden muncul melalui perkembangan dalam bidang penerbangan. G. Tournachon @ Nadar telah memdapatkan gambar bandar Paris daripada belon ciptaannya pada tahun 1858. Penghantar maklumat seperti burung merpati, layang-layang, roket dan belon telah digunakan pada waktu dahulu untuk mendapatkan imej. Imej individu yang pertama dirakam melalui belon ini tidak terlalu berguna untuk pemetaan atau untuk tujuan saintifik. Pencerapan aerial dibangunkan untuk tujuan ketenteraan bagi tujuan pengawasan dan pengintipan pada awalnya digunakan dalam Perang Dunia I dan digunakan secara meluas semasa Perang Dingin. Kredit kepada: Remote Sensing (Wikipedia) 

Teknologi penderiaan jauh moden bermula dengan penemuan kamera lebih dari 150 tahun yang lalu. Satelit penderiaan jauh boleh diselusuri sejak awal abad menerokaan ruang angkasa (bagi program oleh Rusia dan Amerika) dan sebenarnya merupakan permulaan bagi pendekatan berganda untuk mendapatkan imej permukaan Bumi menggunakan beberapa jenis sensor dari pesawat angkasa lepas. Kredit kepada: Pengenalan dan sejarah (NASA)

Maklumat lanjut berkenaan kronologi dan sejarah berkenaan Aerial Photography dan Penderiaan jauh (UNIVERSITY OF CALIFORNIA, SANTA BARBARA)

 

Kembali ke atas