W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Isnin, 16 September 2019 
Home

Program ANGKASA

GERHANA BULAN PENUMBRA PADA 11 FEBRUARI 2017

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan sebahagian dari fasa Gerhana Bulan Penumbra pada 11 Februari 2017.

KOMET 45P / Honda-Mrkos-Pajdusakova MENGHAMPIRI BUMI PADA 11 FEBRUARI 2017

KUALA LUMPUR, 8 Februari – Komet yang dikenali dengan nama 45P / Honda-Mrkos-Pajdusakova akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi dengan jarak 12,430,000 kilometer pada 11 Februari 2017. Dengan kecerahan dijangka mencecah magnitud 6, ia dapat dilihat dengan mudah menerusi binokular ataupun teleskop kecil.

SIARAN MEDIA: AGENSI ANGKASA NEGARA (ANGKASA) MENANG TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN SATELIT NAVIGASI GNSS.asia CHALLENGE 2016

Kuala Lumpur, 16 November  – Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)  telah membuktikan keupayaan penyelidik Negara apabila mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan GNSS.asia Challenge 2016 menerusi produk penyelidikan “ATTracT (Autism Trigger, Tracking and Trace)”  atau lebih dikenali dengan nama MOSTI Track Autism.

SIARAN MEDIA: ‘SUPERMOON’ TERBESAR SEJAK 1948 AKAN BERLAKU PADA 14 NOVEMBER 2016

KUALA LUMPUR, 8 November  –  Fenomena Supermoon adalah satu fenomena astronomi di mana Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee) pada jam 07:24 malam dan  seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam. Kejadian ini dikenali sebagai Bulan Penuh Perigee bagi ahli astronomi dan istilah ‘supermoon’ di kalangan masyarakat umum. Fenomena ini boleh dilihat pada 14 November 2016. 

SIARAN MEDIA: AGENSI ANGKASA NEGARA (ANGKASA) MENANG PERTANDINGAN SATELIT NAVIGASI EROPAH

Kuala Lumpur, 26 Oktober – Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)  telah membuktikan keupayaan penyelidik Negara apabila menjadi juara dalam European Satellite Navigation Competition atau Pertandingan Aplikasi Satelit Navigasi Eropah 2016. Menerusi produk penyelidikan “ATTracT (Autism Trigger, Tracking and Trace)”   atau lebih dikenali dengan nama MOSTI Track Autism produk ini telah menerima anugerah khas BELS Special Prize dalam pertandingan yang dianjurkan oleh European Commission, European Space Agency dan European GNSS Agency. 

Pages

Kembali ke atas